Belajar membuat keputusan dengan gembira dan lapang dada. Hanya ini anugerah Allah. Ketahuilah, pesanan orang tua-tua “lebih baik berkahwin dengan orang yang mencintai kita,” walaupun kita belum mencintainya lagi, pasti kamu akan dijaga dan dilayan daripada berkahwin dengan orang yang kita cintai tapi dia tidak mencintai kita, kita akan mati terkorban. Oleh itu senyumlah kerana ada orang yang sudah mencintai anda, jangan kecewakan dia jika niatnya ikhlas sambutlah cintanya. Bergembiralah kerana kegembiraan adalah satu daripada nikmat terbesar dari Allah. Jika anda gembira anda akan menuai ketenteraman dan ketenangan hati. Orang yang mampu bergembira akan dapat kekuatan melalui apa saja halangan dalam hidup sama ada di depan mata atau yang jauh. Ini kerana modal utama untuk meraih kebahagiaan adalah kekuatan dan kemampuan diri menanggung beban kehidupan, tidak mudah goyah oleh goncangan dan halangan, tidak gentar oleh peristiwa negatif, tidak pernah sibuk memikirkan hal-hal kecil yang remeh temeh. Hati yang lemah tekad, rendah semangat akan membuat pemiliknya selalu gelisah. Oleh itu biasakan jiwa dengan bersabar, tabah menghadapi cabaran, tekanan walau dari mana pun datangnya pasti semua yang dihadapi akan terasa ringan. Selamat menjalani kehidupan baru.
No comments:
Post a Comment