Saturday, April 4, 2009

Kalau Dia Tak Jawab Call

Jangan Jadi Mcm Ni..Gara2 Tak Angkat Call..heee..


Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.

1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.

2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.

3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?

4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.

5. Untuk yang no 5 ni saya nak anda pulak berikan tips-tips bagaimana nak buat kalau dia tak jawab call. Sila la berikan tips anda melalui komen di bawah ini.

ps: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

5 comments:

Habang said...

Tips no 5. Telefon byk kali sehingga mencecah angka seribu panggilan tidak dijawab. Pasti timbul perasaan kasihan dan kagum si dia terhadap kesungguhan anda menelefon dia. Ego si dia juga pasti luntur dengan kesungguhan anda.

5.1. Biarkan sahaja si dia. Giliran anda pula untuk senyap. Jika si dia tidak melayan panggilan anda, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Untuk lebih efektif, jangan dilayani panggilan si dia selama sebulan.

5.3. Buat miskol banyak kali pada rakan sebilik atau serumahnya. Pasti si dia akan merasa cemburu dan sudah tentu dia akan menelefon anda kembali.

5.4. Jika panggilan-panggilan anda tidak terjawab, hantar sahaja mesej seperti ini kepada si dia."Awak, maafkan segala kesilapan saya selama kita saling mengenali. Semoga awak berbahagia di alam sana. Saya berjanji akan menyedekahkan al-Fatihah kepada awak setiap hari"

Semoga berjaya.

Missfasha said...

adoi..pengkritik ko ni byk tul idea nya...
aku no komen tett

sya_zachery said...

habang: erkk habang.. tetttttttttt.. tudiaaa no 5.4 tuh i no komended okek..kah3..

mf: tu laa banyak tul idea dia nih..

Cik Mawar said...

Ish2..lau semua tak berkesan.. mmg kena guna idea habang nie.. ish ish../me kuar ngan muka hampa.. terahso den nie ha..adess...Habang malam nie tepon den..penat den tepon ekou..ekou tak angkat...

sya_zachery said...

hahahahahha.. ekau ni mawar.. i pun nak taching gak laa.. i tepon awal ashari dia tak angkat kali ke 1001 baru dia angkat..dia kata sorry dia tengah shooting citer hatiku terbelah lapan..ngeeee..